Sang Zirafah bersama anaknya......zirafah itu tengah buat apa cikgu?
Ooo.....zirafah itu sedang makan adik-adik.....
Tengoklah....panjang kan lehernya????
Apa ini adik-adik?
Ini gajah....mari kita nyanyi lagu gajah....
Gajah hidung panjang, Kaki macam tiang....
Telinga gajah besar, Boleh buat kipas...
Gajah sangat kuat, Boleh tolak pokok....
LAWATAN PAPN KEPALA BATAS, P.PINANG KE ZOO TAIPING
Sempena dengan tema bulan ini,iaitu...tema Haiwan....PAPN Kepala Batas, P.Pinang bersama sama PAPN Tambun Tulang, Perlis dan PAPN Kuala Ketil Kedah telah membuat lawatan ke
Zoo Taiping dan Night Safari, Taiping.
Lawatan ini telah diadakan pada 11 Julai 2010 yang lalu iaitu pada hari Ahad.
Perjalanan kami ke Zoo Taiping ini mengambil masa selama satu jam setengan dengan menaiki sebuah persiaran.
Kami bertolak dari PAPN Kepala Batas, P. Pinang pada pukul 8.30pagi....
dan sesampainya kami di Zoo pada pukul 10.00 pagi...
Jumlah ahli keluarga dari PAPN Kepala Batas adalah seramai 68 orang. Dengan jumlah keluarga waris adalah seramai 14 buah keluarga...
Di sini...kanak-kanak begitu gembira dan seronok apabila mereka dapat menaiki 'mini train' yang terdapat di Zoo ini sendiri.
Sebanyak 3 buah 'mini train' yang digunakan oleh warga PAPN Kepala Batas..
Kelihatan ibu bapa turut seronok dan bersorak sakan semasa menaiki 'mini train' ini...
Kanak-kanak disamping keluarga masing-masing mengambil kesempatan ini untuk bersama keluarga dalam menikmati keindahan panorama semasa di sini.
Ibu bapa berpeluang membawa anak-anak mereka melihat dan mengenali haiwan-haiwan yang terdapat di Zoo yang sukar untuk di lihat di tempat lain....
Lawatan kami ke Zoo Taiping ini mengambil masa selama 2 jam setengah...
Ibu bapa boleh mengambil masa yang ada itu membawa keluarga masing-masing bersiar-siar di sekitar Zoo Taiping ini....
Selain itu, pihak pendidik juga mengambil kesempatan ini untuk membuat aktiviti bersama ibu-bapa dengan menyediakan soalan kuiz dan menggalakkan ibu bapa membuat buku skrap
mengenai haiwan yang dilihat oleh mereka...
Aktiviti ini dapat menggalakkan ibu bapa menunjukkan hasil kerja dan kreativiti mereka bersama-sama anak-anak Permata ini sendiri...
Alhamdulillah.....lawatan ini berjalan dengan lancar...
Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Zoo Taiping dan 2 Pusat Anak Permata Negara iaitu dari Tambun Tulang dan Kuala Ketil juga telah dapat mengeratkan hubungan silaturahim kami bersama.....
"Setiap Anak PERMATA Negara"