RSS

Hari Guru PAPN Kepala Batas












SAMBUTAN HARI GURU DAN IBU PAPN KEPALA BATAS


TARIKH : 27 MEI 2010

TEMPAT : PAPN KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Para ibu bapa dan pendidik telahj sepakat untuk mengadakan majlis Hari Ibu dan Hari Guru bersama di Pusat Anak Permata Negara Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa ibu daripada seorang anak yang masih kecil dan jasa pendidik dari seorang kanak-kanak kecil dan ibu bapa.


Para pendidik telah memainkan peranan yang penting dalam mendidik kanak-kanak kecil ini semasa mereka berada di Pusat Anak Permata Negara. Kanak-kanak kecil ini diberikan didikan yang amat baik dalam melatih mereka sejak dari awal usia ini untuk menjadi seorang kanak-kanak yang pro aktif dan lebih berdikari di masa akan datang.

Ibu pula merupakan insan yang mulia,yang telah melahirkan anak-anak kecil ini serta memberi tunjuk ajar,memberi didikan yang lebih sempurna dari mereka dilahirkan sehinggalah dewasa.Oleh itu, kasihnya ibu,tiada tolok bandingnya.Kasihnya ibu membawa ke syurga....


TERIMA KASIH IBU.......
TERIMA KASIH CIKGU......







0 comments:

Catat Ulasan