RSS

Majlis Berbuka Puasa PAPN














MAJLIS BERBUKA PUASA PAPN KEPALA BATAS , PULAU PINANG
Tarikh : 20 Ogos 2010
Hari : Jumaat
Tempat : PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang
Pusat Anak Permata Negara Kepala Batas telah mengadakan majlis berbuka puasa dengan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik.
Majlis ini telah dihadiri seramai 12o orang tetamu yang keseluruhannya terdiri daripada keluarga-keluarga Anak-anak Permata Negara. Selain itu, pihak PAPN juga telah menjemput penduduk sekitar PAPN iaitu penduduk Tmn Seri Menerong, Tasek Gelugor.
Sebelum masuknya waktu berbuka, majlis tahlil telah diadakan bersama-sama para jemputan yang hadir.
Hidangan berbuka kami adalah Nasi daging bersama kuah dalca dan air asam. Selain itu, kumpulan ibu juga telah menyediakan 3 jenis kuih untuk hidangan berbuka puasa. Para pendidik pula telah menyediakan air sirap bandung untuk santapan berbuka puasa.
Majlis tamat pada pukul 8.15 malam. Para tetamu terus menuju ke surau Tmn Seri Menerong untuk menunaikan solat dan bertarawih.
Alhamdulillah....majlis ini berjalan dengan lancar hasil sokongan kerja warga PIBP....
~SELAMAT BERPUASA~





0 comments:

Catat Ulasan