Program yang dinanti-nantikan iaitu Hari Keluarga dan Sambutan Hari Bapa telah diadakan pada 15 Jun 2013, Sabtu di Mengkuang Dam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Walaupun pelbagai masalah telah dihadapai oleh kami namun kami telah berusaha sebaik yang termampu. Mengikut perancangan awal kami lokasi untuk sambutan Hari Keluarga sepatutnya di Pantai Feringgi namun kerana cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan kami terpaksa mengubah lokasi ke Air Terjun, Sungai Sedim, Kulim. Perancangan ini terpaksa juga dibatalkan kerana terdapat masalah keselamatan yang perlu dititikberatkan. Lokasi diubah sekali lagi ke Pantai Feringgi. Menjelang 2 hari sebelum tibanya tarikh yang ditetapkan cuaca di Pulau Pinang amat membimbangkan. Angin sangat kuat dan hujan sentiasa turun. Akhirnya, kami mengubah lokasi ke Mengkuang Dam. Kelulusan untuk membuat program diterima sebelah petang setelah sesi persekolahan tamat. Huhuhu...besar cabaran kali ini. Jom kita tengok apa berlaku di sana....
|
suasana yang sangat indah... |
|
sampai jep terus anak PERMATA jogging..hahaha... |
|
ajk peralatan... |
|
ajk menyediakan bahan perap bbq.. |
|
ajk mencuci ayam... |
|
"Boleh buka kedai runcit la banyak macam ni," Pn. Rahafizah. |
|
ajk pendaftaran... |
|
"Siapa lagi ni tak naik bas..lambat tinggal!" En. Shahrizal. |
|
ibu bapa mula membuat persiapan untuk tempat berkelah... |
|
"Hmmm ni mesti nak mintak la ni..huh!" En. Shahrizal. |
|
"Agak-agak apa lagi kita nak taruk kat dalam air ni?"Pn. Haliza. "Ingat nak taruk...heh!Tak boleh cakap sini ada spy depan ni," Pn. Intan. |
|
"Pastikan semua buat kerja ye..kalau tak..takde upah hari ni," En. Rozaidi. "Ala ingat orang heran sangat...nak p minum alicafe sat," En. Shahrizal. |
|
Keluarga kuning...kuning itu ceria!!!
Keluarga hitam..hitam itu bermutu...
Keluarga koko...warna tanah....
Keluarga merah..merah membara...
Keluarga biru..biru tenang...
Keluarga oren...oren kental...
Keluarga hijau..hijau damai.... |
|
ajk hadiah...
|
|
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...," Abang Hazim. "Dah kalau jalan macam tu bulan depan baru siap gantung banner tu," Cikgu Yah. |
|
ajk gantung banner... |
|
"Tugas saya memastikan semua peralatan sukan lengkap dan mengcukupi," Cikgu Jiha. |
|
"Besarnya pokok ni..nak peluk pun tak berjaya," Cikgu Jiha. |
|
"Kenapa ada orang interframe kat belakang?" Cikgu Sue. |
|
ajk bakar- membakar... |
|
"Kekalkan suhu supaya ayam kita masak sepenuhnya," En. Zizan. "Ala kalau tak masak pun takpe..kata ramboo," En. Mat Zuki. |
|
"Anak-anak berdiri elok-elok sopan macam pak cik," En. Shahrol. "Baik sangat orang sebelah ni," Pn. Rozita. |
|
"Stop!!Press tak dibenarkan buat liputan dalam kawasan ni...sila jauhkan diri 500 m dari sini," Cikgu Sue. "Amboi-amboi Cikgu Sue ni..kita payah-payah tepon Zizan suruh melodi datang," Pn. Haliza. |
|
Acara 1- 2 tahun..memancing ikan.. |
|
Acara 2-3 tahun membawa bola ping pong guna botol... |
|
Acara 3-4 tahun membaling bola... |
|
Acara kakak dan abang mencari bola... |
|
"Strategi kena betul..kita ambil semua objek sebagai halangan," Cikgu Jiha. "Ni tengah fikir nak cabut pokok letak sebagai halangan..ngeh..ngeh..," Cikgu Sue. |
|
Haaaa kutip bola jep bukan belon... |
|
Wajah si ibu... |
|
Acara ibu boling tin... |
|
"Tak strike tak tahu la," Pn. intan. "Haaa jaga-jaga..nak skor ni," Pn. Azimah. |
|
seronok membaling ye kaum ibu ni..lepaskan stress ni... |
|
"Abang dah ajar kan kat rumah semalam macam mana nak buat," En. Shahrizal. "Teori tak sama dengan praktikal abang oi...," Pn. Nora. |
|
usaha tangga kejayaan... |
|
kusyuk betul....nyamuk lalu pun sanggup fokus lagi... |
|
Pusingan akhir acara menyusun tin paling tinggi... |
|
Terima kasih kepada waris iaitu nenek-nenek yang ringan tulang membantu ketika ajk membakar terlibat dengan aktiviti sukan... |
|
Acara bapa makan biskut...hahaha... |
|
"Apasal susah sangat ni...dulu zaman muda-muda setakat cabut pokok kelapa jadi rutin..," En. Kamil. |
|
"Kelapa tolong la menangkan saya..plz...plz...," En. Marzuki. |
|
Hebat kan..tangan sakit pun boleh bekerja keras.. |
|
cara kupas kelapa paling sopan...contoh terbaik... |
|
"Hebatnya pak cik kuat macam badang!" Abang Haziq. |
|
"Cikgu, tak cukup botak ke kelapa saya ni?" En. Rozaidi. "No komen...lalala.." Cikgu Sue. |
|
Pusingan akhir kepit buah kelapa berpasangan... |
|
Gelak pulak bila jatuh...aduyaiii... |
|
Selamat Hari Bapa... |
|
Kuiz mencari pasangan serasi... |
|
Bapa-bapa dan bakal bapa... |
|
Kotak beracun...semua cemas... |
|
Sporting betul En. Marzuki mengayakan tarin k-pop denda kotak beracun....hehehe |
|
Best la Pak Don...sporting..aksi anak PERMATA mengigit kuku.. |
|
Aksi ambil lauk kenduri banyak..balik sakit perut... |
|
"Apahak Cikgu Jiha ni..semacam jep rapat-rapat dengan kita.." Irfan. "Siapa yang lalu..saya tangkap..arghhh..." Cikgu Jiha. |
|
Turut simpati kepada Cikgu Yah kerana mengalami kemalangan ringan 2 hari sebelum sambutan Hari Keluarga..huhu... |
|
Acara guru poket doremon....pasu bunga kata Cikgu Jiha. |
|
Penggiling kuih.... |
|
Penyampaian hadiah..sesi cabutan bertuah... |
|
"Hampanya hadiah kecil...huhuuu," Pn. Rahafizah. |
|
menghayati kemenangan sampai tutup mata..kiki... |
|
Gembiranya saya dapat hadiah.... |
|
Johan acara menyusun tin paling tinggi...syabas... |
|
Wajah ceria selepas menang naib johan... |
|
"Cepat la ambil gambar kami..kami johan acara kupas kelapa sampai botak..hahaha," En. Kamil. "Kita senyum bukan main lagi..Cikgu Sue buat tak tau plak..nak kena ni!" Abang Hazim. |
|
Naib johan.... |
|
Kami menang juga tau..ini untuk isteri tersayang di rumah.... |
|
Saya menang tau.... |
|
Naib johan... |
|
Tempat ketiga... |
|
Yang ni tak tahu masalah apa..hahahaha...
Terima kasih kepada semua para ibu bapa dan waris PERMATA serta tidak dilupakan kepada pihak-pihak yang telah menghulurkan sumbangan untuk menjayakan Hari Keluarga dan sambutan Hari Bapa kali ini walaupun pelbagai rintangan dilalui..syabas semua... |
0 comments:
Catat Ulasan