RSS

Hari Sukan Bersama di PAPN Tambun Tulang, Perlis


WELCOME....

Hari Sukan Bersama PAPN Tambun Tulang di Arau Perlis

Ahli keluarga PAPN Kepala Batas sedang berehat setelah sampai di PAPN Tambun Tulang, Perlis

Kanak-kanak sedang bersiap sedia untuk ke padang bagi
Acara Sukaneka


Pasukan Kuning >PAPN Kepala Batas

Pasukan Biru > APN Tambun Tulang


Kanak-kanak PAPN Kepala Batas berlumba untuk menang....


Kumpulan Kanak-kanak PAPN Tambun Tulang bertungkus lumus

untuk memenangi acara sukaneka

Amboi... beramah mesra nampaknya...

Anak PAPN Kepala Batas bermain bersama

Anak PAPN Tambun Tulang Perlis

Lari...Lari...

Ayuh papa..ayah..abah...

lari...elok elok bawa span..

Mari ibu ibu...

Kita berpesta...

Siapa punya kerusi itu....

Gambar bersama...
Cikgu Wiyah, Teacher Nadia dan Cikgu Nana



Acara Sukaneka Kanak-kanak
Merebut Gula....


Acara Sukaneka Ibu Bapa iaitu Semakin Jauh Semakin Sayang



Baling...baling...baling jauh2 kit....


Pengerusi PIBP Kepala Batas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Sukaneka Kanak-Kanak Permata Negara



Cikgu Nana menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak
PAPN Tambun Tulang Perlis



Guru Pen Kanan SK Tambun Tulang (caretaker) sedang menyampaikan kepada pemenang bagi acara"Semakin Jauh Semakin Sayang" iaitu En Azmi dari PAPN Kepala Batas


Ketua Pendidik Tambun Tulang, Teacher Nadia memberi cenderahati kepada Ketua Pendidik Kepala Baras, Cikgu Nana



Cikgu Nana menyerahkan hadiah cenderahati dari PAPN Kepala Batas kepada Teacher Nadia wakil PAPN Tambun Tulang


Pendidik Tambun Tulang bersemangat menyanyikan lagu 1 Malaysia



Hari Sukan PAPN Kepala Batas dan PAPN Tambun Tulang

dijalankan di PAPN Tambun Tulang pada 14 Mei 2011..


Dua buah bas disediakan iaitu Bas SUK Penang dan Bas Persiaran..

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam.

Kami mula bertolak dari Tmn Seri Menerong pada pukul 7.30pagi dan

sampai di PAPN Tambun Tulang pada pukul 9.30pagi.


Anggota rombongan kami adalah seramai 95 orang yang terdiri daripada kaum keluarga kanak-kanak dan pendidik PAPN Kepala Batas.


Acara Sukaneka ini bermula pada pukul 10 pagi...

dengan acara sukan kanak-kanak bagi umur 3 dan 4 tahun.

Kemudian diikuti acara kaum ibu dan bapa bagi kedua-dua PAPN ini...


Selesai sahaja acara sukan, rombongan kami mula bersiap membersihkan diri serta solat.

Kemudian pada pukul 2.30petang,

rombongan kami bergerak ke Padang Besar....

Kelihatan semuanya begitu seronok dan gembira...


Rombongan mula bergerak pulang pada pukul 5.oo etang dan sampai

di PAPN Kepala Batas pada pukul 7.30 petang


Alhamdulillah...

Semuanya berjalan dengan lancar.....

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pendidik PAPN Tambun Tulang,

iaitu Teacher Nadia.... serta pendidik dan warga PAPN Tambun Tulang

kerana mengalu-alukan kedatangan kami....

Semoga hubungan kita akan sentiasa berkekalan hingga ke akhirnya....


Amin.....


Jumpa lagi di lain hari....


0 comments:

Catat Ulasan