Cikgu Nana menyerahkan hadiah cenderahati dari PAPN Kepala Batas kepada Teacher Nadia wakil PAPN Tambun Tulang
Hari Sukan PAPN Kepala Batas dan PAPN Tambun Tulang
dijalankan di PAPN Tambun Tulang pada 14 Mei 2011..
Dua buah bas disediakan iaitu Bas SUK Penang dan Bas Persiaran..
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam.
Kami mula bertolak dari Tmn Seri Menerong pada pukul 7.30pagi dan
sampai di PAPN Tambun Tulang pada pukul 9.30pagi.
Anggota rombongan kami adalah seramai 95 orang yang terdiri daripada kaum keluarga kanak-kanak dan pendidik PAPN Kepala Batas.
Acara Sukaneka ini bermula pada pukul 10 pagi...
dengan acara sukan kanak-kanak bagi umur 3 dan 4 tahun.
Kemudian diikuti acara kaum ibu dan bapa bagi kedua-dua PAPN ini...
Selesai sahaja acara sukan, rombongan kami mula bersiap membersihkan diri serta solat.
Kemudian pada pukul 2.30petang,
rombongan kami bergerak ke Padang Besar....
Kelihatan semuanya begitu seronok dan gembira...
Rombongan mula bergerak pulang pada pukul 5.oo etang dan sampai
di PAPN Kepala Batas pada pukul 7.30 petang
Alhamdulillah...
Semuanya berjalan dengan lancar.....
Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pendidik PAPN Tambun Tulang,
iaitu Teacher Nadia.... serta pendidik dan warga PAPN Tambun Tulang
kerana mengalu-alukan kedatangan kami....
Semoga hubungan kita akan sentiasa berkekalan hingga ke akhirnya....
Amin.....
Jumpa lagi di lain hari....