....Sambutan Maulidurasul PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang
Tarikh : 28 Mac 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Alhamdulillah....berkat izin Allah S.w.t. majlis ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Selain itu, mendapat sambutan yang baik dari kaum ibu bapa untuk melibatkan diri dalam majlis ini.
Ustaz Haniff Amir bin Hasim merupakan penceramah yang telah dijemput untuk memberikan ceramah agama kepada warga PAPN Kepala Batas dengan tajuk ceramahnya ialah Cara didikan anak-anak di zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Ustaz Hanif telah menceritakan bagaimana Nabi Rasulullah S.A.W mendidik anak dan isterinya di rumah sehingga menjadi seorang isteri yang solehah dan anak yang soleh dan solehah.
Ibu bapa telah memberikan tumpuan yang penuh semasa sesi ceramah ini dibermula.
Kemudian, sesi soal jawab di antara para ibu bapa serta pendidik bersama penceramah turut diadakan. Ibu bapa menunjukkan reaksi yang positif dengan sesi soal jawab itu.
Syukur ke hadrat ilahi, sambutan ini mendapat respon yang positif dari pihak ibu bapa PAPN Kepala Batas dan dijalankan dengan jayanya,
Mudah-mudahan,di masa akan datang, majlis seumpama ini, dapat dilaksanakan lagi....
Amin...
yang indah itu PERMATA....
0 comments:
Catat Ulasan