RSS

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013...

Majlis berbuka puasa PAPN Kepala Batas telah selamat dijalankan pada 25 Julai 2013. Sebelum berlangsungnya majlis berbuka puasa, PAPN kami telah mengadakan sedikit tahlil yang telah diketuai oleh wakil kepada rakan ibu bapa yang hadir. Jumlah penyertaan seramai 85 orang. Terima kasih kepada ibu bapa dan waris keluarga PERMATA yang sudi menghulurkan sumbangan sempena majlis ini.

"Ala tengah nak angkat benda berat macam ni la nak tangkap gambar..hissshh!!" Pn. Rozita.
"Kuih ni kalau kita p jual kat bazar mesti laris ni beratur panjang," Pn. Arba'ah.
"Jap..jap nak kira untung terus la berapa sorang kite dapat..lalalala," Pn. Azimah.
"Pastikan kedudukan alas ni di kedudukan yang betul..longitud..latitut mesti kena tepat," Cikgu Yah.
"Mak aiiiiiii profesional la kite," Cikgu Sue.
"Cikgu, agak-agak kalau buat open house kat rumah patut pakai ni jugak kan?" En. Marzuki.
"Kalau nak buat red carpet belum tentu lepas untuk saya lalu pun..hikhikhik," Cikgu Sue.
Acara gotong royong menyediakan makanan berbuka puasa..
Tahlil...
"Mengadenye nak makan siap posing macam ni," Pn. Nora.
"Mek kan sayang Cha..lalala," Farisha.
Jamuan makan berbuka puasa

Gotong rotong..mop lantai..
Kaum bapa yang sudi membantu mengemas kembali ruang di dalam PAPN...
Pasangan sejoli yang susah dan senang bersama walaupun di dalam gelap..hahaha...

0 comments:

Catat Ulasan