Seperti biasa Pemeriksaan Kesihatan diadakan 2 kali setahun. Oleh itu, pada 8 Mac 2013, PAPN Kepala Batas telah dilawati Klinik Kesihatan Tasek Gelugor untuk memeriksan tahap kesihatan anak-anak PERMATA. Program berjalan lancar dan anak-anak dibekalkan dengan vitamin yang mencukupi untuk pembesaran yang sihat daripada segi mental dan fizikal. Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Tasek Gelugor yang sudi memberi perkhidmatan yang baik kepada kami. Oleh kerana kunjungan yang datang mengejut membuatkan kami tidak sempat bersedia untuk mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Hehehehe...
GOTONG ROYONG MENGHIAS SUDUT PAPN 2013~
Posted by
Pendidik PERMATA
on Khamis, 14 Mac 2013
/
Comments: (0)
Pada 25 Februari hingga 1 Mac 2013 PAPN telah selamat mengadakan Majlis Gotong Royong Menghias Sudut PAPN Kepala Batas. Komitmen yang tinggi daripada ibu bapa sangat dihargai oleh warga pendidik. Kini, sudut-sudut di PAPN lebih cantik dan bersih. Usaha kerjasama antara warga pendidik dan para ibu bapa amat dibanggakan dan semoga akan diteruskan lagi kelak.
"Cermin ni lambat pulak kilat..ke ni cermin snow white tuh?" Pn. Marini. |
"Ala sape pulak sms ni..orang tengah sibuk nak bagi komitmen ni..Huh!" Mak Cik Nani. "Eleh, orang tengah bercinta macam tu ler," Pn. Rahafizah. |
"Kenapa tiba-tiba rasa langsir ni pendek? Jap kena ukur ni!" Pn. Hasida. "Tahu la suka beli langsir, profesional sangat," Pn. Mazura. |
Alif..Ba.. Ta...aikk haaa dah confuse mana depan ni," Pn. Hasida. "Minta la talian hayat kat sini yang setia membantu ni," Pn. Habibah. |
"Abang, kalau kat rumah kita buat macam ni jugak ok tak?" Pn. Azimah. "Awak ni...tahu la dulu-dulu zaman kita takde sekolah Permata..udah-udah la berangan bukan-bukan..," En. Sabri. |
"Ni tak bagi garis panduan..main potong jep la..lalalala," Pn. Mazura. |
"Rasa dah tinggi dah..macam mana kena guna tangga jugak ni!" En. Sabri. |
"Arghhhh tak muat pulak..mana doremon nak mintak tolong kecikkan sat..gegege," En. Marzuki. |
Waris anak Permata turut serta.. |
Pn. Latifah membantu mengemas di dapur... |
Gotong royong menukar langsir.. Setinggi penghargaan kepada para ibu bapa dan waris anak Permata yang tidak jemu-jemu datang ke sekolah untuk menjayakan majlis gotong royong ini. Terima kasih semua... |
CHINESE NEW YEAR 2013~
Posted by
Pendidik PERMATA
/
Comments: (0)
CNY sentiasa disambut di PAPN Kepala Batas setiap tahun. Tahun ini yang bertemakan ular menjadi satu tarikan yang luar biasa. Kanak-kanak Permata diberi peluang untuk membuat tarian singa secara berpasangan dan menonton video tarian singa yang pelbagai. Mereka sangat teruja! Sambutan ini diadakan pada 18 Februari 2013.
Eh singa tengah tengok sape tuh? |
Wah dapat limau lagi...baiknya singa ni.. |
"Eh dapat limau terus tak takut ni", Singa. |
"Singa cepat jalan..cepat-cepat..", Cikgu Jiha. |
Adik Hazim dan Adik Syazwan menjadi pasangan membuat tarian singa... |
Semua dapat hadiah...Selamat Menyambut Tahun Baru Cina... |
Senyummmm... |
SAMBUTAN MAULIDULRASUL 2013..
Posted by
Pendidik PERMATA
/
Comments: (0)
Sambutan Majlis Maulidulrasul telah diadakan pada 16 Februari 2013 di PAPN Kepala Batas. Sambutan ini terpaksa dilewatkan dari tarikh asal kerana terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Pelbagai aktiviti dianjurkan dalam Majlis Maulidurasul pada kali ini seperti pertandingan bunga rampai dan pertandingan membuat banner. Sambutan yang mengalakkan daripada ibu bapa dan waris menjadikan majlis lebih meriah dan bermakna.
"Alamakkk...nervous pulak nak daftar ni", Pn. Latifah. "Daftar ni ada cabutan bertuah ke", Pn. Intan. |
"Wah! Semua nampak cantik..meletoppp!" Pn. Haliza. "Agak-agak kita boleh menang ke?" Pn. Marini. |
Kreatif dan sangat cantik... |
"Fan, bagi la can kat ibu nak bagi ucapan ni", Pn. Intan. "Ala bu, Irfan bukan tak kenal ibu tu! Kalau bagi cakap tak habis kertas..hikhik!" Irfan. |
Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W |
"Aik, tak pernah lagi tengok banner buat gulung-gulung macam popia ni. Hehehe..", Pn. Sarina. "Ala kata nak menang...Ni la keunikan kumpulan kita..keh!keh!" Pn. Hasida. |
"Time nak kerah idea macam ni la budak ni buat perangai!" Pn. Zarina. "Kosong..kosong..oh kosong...apa nak buat ni..idea takda.." Pn. Azimah. |
"Eh jom kita pergi tiru kumpulan sebelah nak?" Abang Fitriyah 1. "Mana boleh! Kan ayah dah kata nak menang mesti kreatif..tak main la pergi tiru-tiru.." Abang Fitriyah 2. |
"Macam mana nak menang kumpulan ni..dulu zaman-zaman muda akulah juara ini punya pertandingan..lalala". Pak Don. |
En. Zizan dan En. Shahrizal bergabung tenaga... |
"Suami saya rajin sangat kalau conteng-menconteng ni", Pn. Suriya. |
" Nak terang pun tak senang...nasib hero ayah...," En. Kamil. |
Indahnya masjid biru... |
Kakak dan abang juga berpadu menyumbang kreativiti... |
masa untuk makan...dah penat melukis kita rehat dulu.. |
Jamuan makan ringkas.. |
Meriah... |
"Alangkah comelnya saya kalau bermata sepet cam ni...leh suruh ibu tukar nama sikit Park Ji Woo ke..Lee Ming Huu ke..kiki!" Irfan. |
Juri-juri yang membuat komplot nak menjadi model bunga rampai..lalala.. |
Juara bunga rampai...Pn. Intan..penggunaan bahan kitar semula..kreatif!! |
Tempat ketiga Pn. Arba'ah..cantik macam hantaran kahwin.. |
Juara membuat banner..paling cepat siap.. |
"Inilah banner kumpulan kami..harap cepat-cepat mengundi untuk kumpulan kami", En. Shahrizal. |
"Banner kumpulan kami ada gambar kaabah..itu sahaja penerangan saya", En. Marzuki. |
"Sayalah wakil kumpulan datang nak ambil hadiah", Adik Fitriyah. " Ye ke? Mana IC?" Pn. Intan. |
"Tabur-tabur...direnjis-renjis..." Pn. Mazura. "Aikk nak kahwin ke?" Pn. Latifah. "Emm wanginya bunga rampai ni", Pn. Hasida. Terima kasih semua atas kerjasama yang dihulurkan.. |
Mesyuarat Agung PIBP PAPN Kepala Batas 2013
Posted by
Pendidik PERMATA
on Selasa, 12 Mac 2013
/
Comments: (0)
Permulaan tahun dimulakan dengan Mesyuarat Agung PIBP 2013 yang menjadi agenda besar tahunan bagi membubarkan AJK PIBP 2012 dan melantik AJK PIBP 2013 yang baru. Pada 23 Januari 2013 PAPN Kepala Batas telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBP 2013. Mesyuarat dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pegawai Pemantau dari PERMATA iaitu Cik Noor Zuraida binti Hamid dan mantan Pengerusi PIBP 2012 iaitu En. Ibrahim bin Ismail.
Kehadiran yang memberangsangkan.... |
Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik 2013... |
Cik Zuraida, Pegawai Pemantau dari PERMATA... |
En. Shahrol, Pengerusi PIBP lantikan 2013... |
Jamuan ringkas selepas mesyuarat... |
En. Ibrahim, mantan Pengerusi PIBP lantikan 2012... |