RSS

PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN















PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PAPN KEPALA BATAS, P.PINANG

Pada 10 Jun 2010 yang lalu, Klinik Pergigian Tasek Gelugor telah mengadakan program Penjagaan Kesihatan Pergigian di Pusat Anak Permata Kepala Batas P.Pinang.
Seramai 20 orang kakitangan pergigian dari Klinik Kesihata Pergigian Tasek Gelugor telah hadir untuk menjayakan program ini. Program ini terdiri daripada 3 slot.Slot yang pertama merupakan ceramah mengenai kesihatan gigi kanak-kanak yang memberi tumpuan kepada ibu bapa dan kanak-kanak Permata Negara. Slot kedua pula adalah teknik memberus gigi bersama kanak-kanak, di mana kanak-kanak dibekalkan satu berus gigi setiap seoranng. Kanak-kanak diberi tunjuk ajar bagaimana memberus gigi dengan cara yang betul. Manakala bagi slot yang ketiga pula, ialah pemeriksaan gigi dan penyapuan florida. Setiap seorang kanak-kanak telah mengikuti pemeriksaan gigi ini dengan baik. Dan menjadi perkara biasa, pasti ada kanak-kanak yang teriak. Namun begitu, kanak-kanak telah berjaya ditenangkan dan dipujuk untuk membuat pemeriksaan gigi mereka.
Pihak PAPN Kepala Batas telah menyediakan satu jamuan ringkas kepada para kakitangan Klinik Kesihatan Tasek Gelugor yang telah disediakan sendiri oleh ibu bapa kanak-kanak PAPN Kepala Batas Pulau Pinang.
Syukur alhamdulillah program ini berjalan lancar dan program ini telah tamat pada pukul 1.oo petang.

Hari Guru PAPN Kepala Batas












SAMBUTAN HARI GURU DAN IBU PAPN KEPALA BATAS


TARIKH : 27 MEI 2010

TEMPAT : PAPN KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Para ibu bapa dan pendidik telahj sepakat untuk mengadakan majlis Hari Ibu dan Hari Guru bersama di Pusat Anak Permata Negara Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa ibu daripada seorang anak yang masih kecil dan jasa pendidik dari seorang kanak-kanak kecil dan ibu bapa.


Para pendidik telah memainkan peranan yang penting dalam mendidik kanak-kanak kecil ini semasa mereka berada di Pusat Anak Permata Negara. Kanak-kanak kecil ini diberikan didikan yang amat baik dalam melatih mereka sejak dari awal usia ini untuk menjadi seorang kanak-kanak yang pro aktif dan lebih berdikari di masa akan datang.

Ibu pula merupakan insan yang mulia,yang telah melahirkan anak-anak kecil ini serta memberi tunjuk ajar,memberi didikan yang lebih sempurna dari mereka dilahirkan sehinggalah dewasa.Oleh itu, kasihnya ibu,tiada tolok bandingnya.Kasihnya ibu membawa ke syurga....


TERIMA KASIH IBU.......
TERIMA KASIH CIKGU......