RSS

HARI GRADUASI 2010 BERSAMA PAPN TAMBUN TULANG DAN PAPN KUALA KETIL

Eh....apa adik Irfan dan Amirul tu buat????
oooo.... Bacaan ikrar........
kami persembahkan kepada tuan-puan dan rakan-rakan....
HARI GRADUASI 2010

PAPN KEPALA BATAS, PAPN TAMBUN TULANG DAN PAPN KUALA KETIL

TARIKH : 12.12.2010

DEWAN AL-FARABI, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

ALOR STAR, KEDAH



KANAK-KANAK 4 TAHUN

*Seramai 10 orang kanak-kanak PAPN Kepala Batas telah berjaya

menamatkan sesi pembelajaran mereka di Pusat Anak Permata Negara Kepala Batas, Pulau Pinang




Pendidik bergambar kenangan bersama kanak-kanak graduasi 2010



Dari kiri : Hamdi Hafizi, Nur Auni Damia, Nurul Ain, Mohd Farid Akmal,

Shariezuan Haiedi, Mohd Fakhri Irfan, Raja Muhd Luqman, Puteri Balgis,

Khairul Nur Adila dan Muhammad Luqman Hakim




Para tetamu jemputan adalah Prof Dr. Zahyah , Prof Nena dari UUM dan

Cik Zuraidah Hamid dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPM)



Persembahan akhir dari Kumpulan 4 tahun yang menerima sijil Graduasi 2010

Persembahan "pom-pom" dari Kumpulan 2-3 tahun diiringi Pendidik,

Cikgu Nana dan Cikgu Shima

dengan lagu 'Let's get Loud'


Persembahan nyanyian dari adik-adik dan ibu-ibu PAPN Tambun Tulang, Perlis


Penyampaian Sijil kepada adik Hamdi Hafizi oleh Cik Zuraidah Hamid


Persembahkan.......
Persembahan koir dari Kumpulan Koir Ibu-ibu Permata Kepala Batas
dengan lagu tema Permata Negara dan Permata Untuk Anakku (lagu dari Kopratasa yang telah diubah liriknya)


Penyampaian sijil Penglibatan Ibu Bapa Cemerlang kepada
Pn Roslina bte Abd. Rahman
Usaha gigih Puan dalam penglibatan ibu bapa amatlah kami hargai..
Semoga kita bertemu lagi nanti...
(Anak Pn Roslina akan menamatkan sesinya tahun ini)
Para ibu bapa sedang beristi rehat....

HARI GRADUASI 2010
Anjuran
PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang
PAPN Tambun Tulang, Perlis
dan PAPN Kuala Ketil
Seramai 275 orang yang terdiri dari ibu-bapa, kanak-kanak dan pendidik dari 3 pusat PAPN ini telah menghadiri majlis ini.
Majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil dari kerjasam para pendidik dan ibu bapa.
Gabungan ini juga telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kami warga PERMATA Negara....
PAPN Kepala Batas telah menyediakan 2 buah bas untuk ke Hari Graduasi 2010 ini yang telah dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan, JPN Kedah...
dan tamat program rombongan kami singgah di Pekan Rabu, Alor Star...
Kelihatan kaum ibu dan bapa seronok membeli-belah.....
Alhamdulillah....keseluruhan majlis berjalan lancar....
Tahniah....
Untuk Kanak-kanak 4 tahun......
Semoga kita bertemu lagi...di lain hari....
janganlah dikau lupa kepada kami....
InsyaAllah......




























Mari Mewarna....













Aktiviti : Mari Mewarna....
Kumpulan : 3 tahun
Hari ini....kumpulan 3 tahun mewarna gambar pelbagai kenderaan (darat,udara dan air)
Wah....tekunnya adik-adik tu... macam nak bertanding jer....



Kibarkan Jalur Gemilang




31 Ogos 1957.....

31 Ogos Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang muliaHari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah... Berkibarlah.... Berkibarlah....
Jalur gemilang

Majlis Berbuka Puasa PAPN














MAJLIS BERBUKA PUASA PAPN KEPALA BATAS , PULAU PINANG
Tarikh : 20 Ogos 2010
Hari : Jumaat
Tempat : PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang
Pusat Anak Permata Negara Kepala Batas telah mengadakan majlis berbuka puasa dengan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik.
Majlis ini telah dihadiri seramai 12o orang tetamu yang keseluruhannya terdiri daripada keluarga-keluarga Anak-anak Permata Negara. Selain itu, pihak PAPN juga telah menjemput penduduk sekitar PAPN iaitu penduduk Tmn Seri Menerong, Tasek Gelugor.
Sebelum masuknya waktu berbuka, majlis tahlil telah diadakan bersama-sama para jemputan yang hadir.
Hidangan berbuka kami adalah Nasi daging bersama kuah dalca dan air asam. Selain itu, kumpulan ibu juga telah menyediakan 3 jenis kuih untuk hidangan berbuka puasa. Para pendidik pula telah menyediakan air sirap bandung untuk santapan berbuka puasa.
Majlis tamat pada pukul 8.15 malam. Para tetamu terus menuju ke surau Tmn Seri Menerong untuk menunaikan solat dan bertarawih.
Alhamdulillah....majlis ini berjalan dengan lancar hasil sokongan kerja warga PIBP....
~SELAMAT BERPUASA~





Lawatan PAPN Ke Zoo Taiping

Jeng jeng jeng.........................
Assalammualaikum adik-adik.....
Ayuh....ready.......



Mari kita bergambar......


Bergambar kenangan bersama keluarga PAPN Tambun Tulang, Perlis




Sebahagian daripada kanak-kanak PAPN Kepala Batas



Ok...stesen sudah sampai...
Mari...kita lihat apa yang ada di sini...


Amboi.....En Amir....bergambar sakan yer.....
Hehehehehee....



Mari kita naik mini train.....pusing-pusing dalam zoo ni....


Mari kita masuk ke dalam adik-adik....

Lihat....haiwan-haiwan di sini.....

Wah...tengok...pelanduk ni..
Sedang beristirehat satu keluarga.....


Hah...ini dia...buaya kerdil....
kecil kan buaya ini?


Meeooowww meoooow.......
Kucing ke cikgu?
iya adik-adik....
Ini laa kucing hutan...
Kucing ini tak ada di rumah di sekolah kita...
kucing ini kucing yang liar...
tengok...macam harimau kan?
hehehehehe...


E'eehhh.....tengok...orang utan...
Orang utan? tak macam orang pun cikgu...
Memanglaa....orang utan ni seekor haiwan...
Nama dia sahaja orang utan....

Aaauuuummmmmmmmmmmm.......
tengok....singa tu tengah tidur laa.....
"Singer menawan keluarga bahagia..."
Eh...bukan singa tu adik-adik....
ni singa yang aaauuummm.... makan adik-adik kalau adik-adik dekat dengan dia..

Cikgu......tengok....apa tu?
Itu cipanzi......
Ci...panzi??? dia buat apa tu cikgu?
Hehehehe....dia malu ngan adik-adik...
dia menyorok lah tu....

Eeeeee....apa tu???
Itu ular sawa adik-adik....


Lihat adik-adik....ada 3 ekor jenis binatang di sini...
seperti di Safari Afrika....tapi.....kita di Safari Taiping....hehehehehe
Ada burung unta....ada kuda belang...dan ada....lembu...

Itu apa cikgu?
Itu buaya.....buaya boleh makan manusia tau....
Ngap ngap ngap.....
Sang Zirafah bersama anaknya......
zirafah itu tengah buat apa cikgu?
Ooo.....zirafah itu sedang makan adik-adik.....
Tengoklah....panjang kan lehernya????

Apa ini adik-adik?
Ini gajah....mari kita nyanyi lagu gajah....
Gajah hidung panjang, Kaki macam tiang....
Telinga gajah besar, Boleh buat kipas...
Gajah sangat kuat, Boleh tolak pokok....



LAWATAN PAPN KEPALA BATAS, P.PINANG KE ZOO TAIPING
Sempena dengan tema bulan ini,iaitu...tema Haiwan....PAPN Kepala Batas, P.Pinang bersama sama PAPN Tambun Tulang, Perlis dan PAPN Kuala Ketil Kedah telah membuat lawatan ke
Zoo Taiping dan Night Safari, Taiping.
Lawatan ini telah diadakan pada 11 Julai 2010 yang lalu iaitu pada hari Ahad.
Perjalanan kami ke Zoo Taiping ini mengambil masa selama satu jam setengan dengan menaiki sebuah persiaran.
Kami bertolak dari PAPN Kepala Batas, P. Pinang pada pukul 8.30pagi....
dan sesampainya kami di Zoo pada pukul 10.00 pagi...
Jumlah ahli keluarga dari PAPN Kepala Batas adalah seramai 68 orang. Dengan jumlah keluarga waris adalah seramai 14 buah keluarga...
Di sini...kanak-kanak begitu gembira dan seronok apabila mereka dapat menaiki 'mini train' yang terdapat di Zoo ini sendiri.
Sebanyak 3 buah 'mini train' yang digunakan oleh warga PAPN Kepala Batas..
Kelihatan ibu bapa turut seronok dan bersorak sakan semasa menaiki 'mini train' ini...
Kanak-kanak disamping keluarga masing-masing mengambil kesempatan ini untuk bersama keluarga dalam menikmati keindahan panorama semasa di sini.
Ibu bapa berpeluang membawa anak-anak mereka melihat dan mengenali haiwan-haiwan yang terdapat di Zoo yang sukar untuk di lihat di tempat lain....
Lawatan kami ke Zoo Taiping ini mengambil masa selama 2 jam setengah...
Ibu bapa boleh mengambil masa yang ada itu membawa keluarga masing-masing bersiar-siar di sekitar Zoo Taiping ini....
Selain itu, pihak pendidik juga mengambil kesempatan ini untuk membuat aktiviti bersama ibu-bapa dengan menyediakan soalan kuiz dan menggalakkan ibu bapa membuat buku skrap
mengenai haiwan yang dilihat oleh mereka...
Aktiviti ini dapat menggalakkan ibu bapa menunjukkan hasil kerja dan kreativiti mereka bersama-sama anak-anak Permata ini sendiri...
Alhamdulillah.....lawatan ini berjalan dengan lancar...
Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Zoo Taiping dan 2 Pusat Anak Permata Negara iaitu dari Tambun Tulang dan Kuala Ketil juga telah dapat mengeratkan hubungan silaturahim kami bersama.....
"Setiap Anak PERMATA Negara"