RSS

Lawatan Unjuran Keperluan Guru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)






Tanggal 20 September 2011, pihak KPM telah berkunjung ke PAPN Kepala Batas sempena Lawatan Kerja Unjuran Keperluan Guru. Seramai kira-kira 25 orang pegawai dari pelbagai jabatan menyertai lawatan ini. Sepanjang lawatan ini pihak PAPN telah memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai perjalanan aktiviti di PAPN Kepala Batas. Turut sama hadir dalam lawatan ini ialah Dr Haji Zainal Aalam B Hassan, Timbalan Pengarah (Penyelidikan Dan Penilaian), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.

Gotong-royong Perdana






Pada 10 September 2011, satu Gotong-royong Perdana diadakan di PAPN Kepala Batas. Gotong-royong ini melibatkan semua pendidik dan ibu bapa. Semua ibu bapa telah diberi tugas masing-masing untuk dilaksanakan. Pendidik dan ibu bapa bekerjasama bagi menceriakan lagi PAPN Kepala Batas. Di akhir gotong-royong, satu jamuan makan tengah hari diadakan. Pendidik dan ibu bapa menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh salah seorang waris.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Selamat Menyambut Hari Raya

Majlis Jamuan Berbuka Puasa






Pada 20 Ogos 2011, satu Majlis Jamuan Berbuka Puasa diadakan di PAPN Kepala Batas. Majlis ini melibatkan semua ahli PIBP PAPN Kepala Batas. Setiap keluarga telah menyumbangkan lauk-pauk bagi Majlis Berbuka Puasa ini. Terima kasih diucapkan kepada semua jemputan dan ibubapa yang telah hadir dan menjayakan majlis ini. Diharap majlis sebegini dapat merapatkan ukhuwah yang sedia terjalin.

Majlis Perpisahan Guru Praktikal Kemas





Pada 29 Julai 2011, satu Majlis Perpisahan Guru Praktikal Kemas diadakan pada sebelah petang. Seramai 4 orang guru kemas telah tamat praktikal selama 2 minggu di sini. Kami warga PAPN Kepala Batas mengucapkan selamat maju jaya kepada semua. Kalau ada masa kita jumpa lagi.
Terima kasih!

Lawatan Kanak-kanak Berumur 1-3 tahun ke Ladang Kuda








Pada 29 Julai 2011, kanak-kanak berumur 1-3 tahun dibawa ke Ladang Kuda. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menunjukkan kuda dengan lebih dekat kepada kanak-kanak. Ini bersempena dengan tema pada bulan Julai iaitu "haiwan". Seramai 3 orang pendidik Permata, 2 orang pendidik Praktikal Kemas dan 4 orang ibu turut sama di dalam lawatan ini.
Kanak-kanak PERMATA gembira dengan lawatan ini.

Penglibatan Ibu Bapa Untuk Sambutan Bulan Ramadhan dan Kemerdekaan





Pada 26 Julai 2011, ibu bapa dari kanak-kanak berumur 3-4 tahun telah melakukan aktiviti untuk Sambutan Bulan Ramadhan dan Kemerdekaan pada tahun ini. Seramai 6 orang ibu dan 2 orang bapa telah hadir untuk menjayakan aktiviti ini. Pihak PAPN Kepala Batas mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa.