RSS

SAMBUTAN MAULIDULRASUL 2013..


Sambutan Majlis Maulidulrasul telah diadakan pada 16 Februari 2013 di PAPN Kepala Batas. Sambutan ini terpaksa dilewatkan dari tarikh asal kerana terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Pelbagai aktiviti dianjurkan dalam Majlis Maulidurasul pada kali ini seperti pertandingan bunga rampai dan pertandingan membuat banner. Sambutan yang mengalakkan daripada ibu bapa dan waris menjadikan majlis lebih meriah dan bermakna.

"Alamakkk...nervous pulak nak daftar ni", Pn. Latifah.
"Daftar ni ada cabutan bertuah ke", Pn. Intan.
"Wah! Semua nampak cantik..meletoppp!" Pn. Haliza.
"Agak-agak kita boleh menang ke?" Pn. Marini.
Kreatif dan sangat cantik...
"Fan, bagi la can kat ibu nak bagi ucapan ni", Pn. Intan.
"Ala bu, Irfan bukan tak kenal ibu tu! Kalau bagi cakap tak habis kertas..hikhik!" Irfan.
Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
"Aik, tak pernah lagi tengok banner buat gulung-gulung macam popia ni. Hehehe..", Pn. Sarina.
"Ala kata nak menang...Ni la keunikan kumpulan kita..keh!keh!" Pn. Hasida.
"Time nak kerah idea macam ni la budak ni buat perangai!" Pn. Zarina.
"Kosong..kosong..oh kosong...apa nak buat ni..idea takda.." Pn. Azimah.
"Eh jom kita pergi tiru kumpulan sebelah nak?" Abang Fitriyah 1.
"Mana boleh! Kan ayah dah kata nak menang mesti kreatif..tak main la pergi tiru-tiru.." Abang Fitriyah 2.
"Macam mana nak menang kumpulan ni..dulu zaman-zaman muda akulah juara ini punya pertandingan..lalala". Pak Don.
En. Zizan dan En. Shahrizal bergabung tenaga...
"Suami saya rajin sangat kalau conteng-menconteng ni", Pn. Suriya.

"  Nak terang pun tak senang...nasib hero ayah...," En. Kamil.
Indahnya masjid biru...
Kakak dan abang juga berpadu menyumbang kreativiti...
masa untuk makan...dah penat melukis kita rehat dulu..
Jamuan makan ringkas..
Meriah...
"Alangkah comelnya saya kalau bermata sepet cam ni...leh suruh ibu tukar nama sikit Park Ji Woo ke..Lee Ming Huu ke..kiki!" Irfan.
Juri-juri yang membuat komplot nak menjadi model bunga rampai..lalala..
Juara bunga rampai...Pn. Intan..penggunaan bahan kitar semula..kreatif!!

Naib johan bunga rampai..Pn. Haliza..penggunaan kulit lala...siap tempah lagi..Yang pegang tu model jep..
Tempat ketiga Pn. Arba'ah..cantik macam hantaran kahwin..
Juara membuat banner..paling cepat siap..
"Inilah banner kumpulan kami..harap cepat-cepat mengundi untuk kumpulan kami", En. Shahrizal.



"Banner kumpulan kami ada gambar kaabah..itu sahaja penerangan saya", En. Marzuki.
"Sayalah wakil kumpulan datang nak ambil hadiah", Adik Fitriyah.
" Ye ke? Mana IC?" Pn. Intan.
"Tabur-tabur...direnjis-renjis..." Pn. Mazura.
"Aikk nak kahwin ke?" Pn. Latifah.
"Emm wanginya bunga rampai ni", Pn. Hasida.


Terima kasih semua atas kerjasama yang dihulurkan..

Mesyuarat Agung PIBP PAPN Kepala Batas 2013

Permulaan tahun dimulakan dengan Mesyuarat Agung PIBP 2013 yang menjadi agenda besar tahunan bagi membubarkan AJK PIBP 2012 dan melantik AJK PIBP 2013 yang baru. Pada 23 Januari 2013 PAPN Kepala Batas telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBP 2013. Mesyuarat dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pegawai Pemantau dari PERMATA iaitu Cik Noor Zuraida binti Hamid dan mantan Pengerusi PIBP 2012 iaitu En. Ibrahim bin Ismail.

Kehadiran yang memberangsangkan....
Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik 2013...
Cik Zuraida, Pegawai Pemantau dari PERMATA...
En. Shahrol, Pengerusi PIBP lantikan 2013...
Jamuan ringkas selepas mesyuarat...
En. Ibrahim, mantan Pengerusi PIBP lantikan 2012...

Majlis Konvokesyen 2012~

Pada 2 Disember 2012 PAPN Kepala Batas telah berjaya dan selamat mengadakan Majlis Konvokseyen 2012 di Penang Golf Resort, Bertam, Kepala Batas yang merupakan majlis kemuncak pada setiap tahun. Segala memori yang indah-indah terpahat di sini. Jom kita layan....


 Segalanya di sini....
 Antara orang kuat untuk Majlis Konvokesyen 2012...
Kak Nurul, Cikgu Sue, Cikgu Jiha dan Cikgu Rawiyah..

 MC dan cikgu-cikgu...
Pn. Intan, Pn. Fahizah..

 Semua yang menghadiri majlis..


 VIP yang sudi hadir Dato' Abu Bakar Bin Yahya, Pengerusi PIBP En. Ibrahim. En. Shahrol dan Ustaz Sobri

 V.I.P. untuk Majlis Konvokseyen 2012...Dato' Abu Bakar Bin Yahya

 Excellent!!

 Kanak-kanak 4 tahun dengan Cikgu Jiha..

 "Yeahhhh...tak sabar nak buat persembahan", Qistina.

 "Ala lambat ye..tak sabar nak keluar jadi pokok ni", Daris.

 "Sabar..sabar...nak menari jap", Kak Nurul.

 "Banyak pulak teks ni kita kena baca..habis air liur dah ni!", Pn. Intan.
"Aah..arghhhh nak makan!!!", Pn. Fahizah.

 Tanya Sama Pokok 3 tahun..
Comel betul...

 "Eh nak wat muka serius cket..bunga garang ni", Afiq.
"Kejap lagi mesti bunga dia layu..hehehe..", Maryam.

 "Ingat mereka semua jep pandai nyanyi...aku pun boleh ape!", Nani.

 "Ikan keli..ikan haruan...Eh ikan apa lagi ek?"Aqilah.

"Kenapa rasa cantik dan ayu semacam jep ni? Cam puteri Kg. To' Bedur pulak..kiki", Husna.

 
 Persembahan Coral Speaking 4 tahun


 Chicken tak keluar bunyi daaaa...malu..
 
 Cabutan bertuah yang dicabut oleh anak Permata...

 Cabutan bertuah..Pn. Suriya yang disampaikan oleh Ustaz Sobri

Anugerah Permata Sahsiah

 
 Anugerah Permata Sahsiah

 Anugerah Permata Iqra'


 Anugerah Permata Iqra'

Anugerah Permata Pintar
Anugerah Permata Pintar

Anugerah Kehadiran Cemerlang

Anugerah Ibubapa Cemerlang En. Shakor

 En. Asman

 En. Ahmad Fauzi

  Pn. Intan Nafisyah

 Pn. Sarina

 Pn. Rosmaria

Pn. Norhayati

 Menang kerusi bertuah...

 Persembahan Boria "Miskin Kaya" oleh kaum ibu..

 Cikgu Jiha dan anak 2 tahun

 Cikgu Rawiyah dan anak 3 tahun

 Cikgu Sue dan anak 4 tahun

 "Arghhhh tension betul asek nak terbang jep...orang nak posing pun tak sempat", Irfan.

 Terima kasih kepada ini encik...cer teka!!

 Mantan Penegerusi PIBP 2011..terima kasih menghulurkan khidmat yang lebih glemr dengan nama En. Jeff..

Terima kasih semua kerana menjayakan acara kemuncak tahunan ini...kita jumpa Konvokesyen 2013 pula...