RSS

Pergigian 2012~

Lawatan Pemeriksaan Gigi dan Ceramah oleh Klinik Kesihatan Tasek Gelugor telah diadakan pada 6 Julai 2012. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, cara menggosok gigi yang betul dan penyapuan fluoride varnish.

Pasukan jururawat dan staf yang lain sibuk menyediakan peralatan slideshow.

 Para ibu bapa yang bersama-sama menyertai ceramah.

Khusyuk mendengar ceramah pergigian dan kesihatan.

 Jururawat menunjukkan demostrasi memberus gigi.

 Ibu menemani anak teruna memberus gigi.

 Mengisi borang kebenaran rawatan.

 "Buka mulut luas sikit...jangan takut," Jururawat.

 "Tak nakkkkkk....ummieeeee...,"Adik Deaniel.

 Pn. Intan cuba memujuk anaknya yang takut.

 Sesi bergambar bersama jururawat dan staf.

 Antara yang terlibat...terima kasih..



Terima kasih kerana sudi mengunjungi kami di sini...panjang umur jumpa lagi...

Lawatan Sambil Belajar dan Hari Keluarga Di Taiping~

Lawatan sambil belajar ke Taiping pada 30 Jun 2012 telah diadakan dan turut menyambut Hari Keluarga di sana. Bermacam gelagat dan ragam telah berjaya dirakamkan...Jom layan...

Kami anak Permata...

Para ibu bapa dan waris yang menyertai lawatan..

"Bye..bye..kami naik dulu," Puan Rosmaria.

"Huhuhu...kami tak berjaya naik," Puan Intan.

Seronoknya pergi jalan-jalan...

"Haaa..jangan tak tahu..kat telinga badak pun boleh duduk," Adik Deaniel.

Acara makan-makan...berkelah...

Yeahhhh...nak main..

Acara anak Permata 2 tahun..siapa paling cepat kutip bola.

Acara anak Permata 3 tahun siapa paling banyak kutip bola.

Acara abang/kakak makan buah tanpa pegang dengan tangan.

Acara ibu melipat lampin dalam air.

Muzium Taiping..

"Yes!!!Ibu pasti menang," Adik Alesya.

"Bila ni nak bagi hadiah,"En. Azizol.
"Jap lagi kot..menang ke?" En. Rozaidi.
"1..2...3...wow!! Banyaknya hadiah nak bawa balik," En. Baharum.

Pemenang acara kutip bola siapa banyak..

Pemenang acara isi air dalam botol.

Pemenang acara makan epal.

Pemenang acara lipat lampin basah.

Pemenang acara selam paling lama.

Pemenang acara super spontan.

Pemenang cabutan bertuah.

Meriah Hari Keluarga dan lawatan yang diadakan. Semoga ada peluang lagi kelak.

GOTONG ROYONG DAN PERTANDINGAN MENGHIAS SUDUT PAPN...

Bermula 23-26 April 2012, satu gotong royong dan pertandingan hias sudut PAPN telah diadakan. Setiap kumpulan diketuai oleh mentor (Pendidik & PPM) dan dianggotai oleh para ibu bapa.

"Daun ni macam yang betul je," Puan Fahizah.
"Memang la yang betul. Baru petik kat luar," Puan Aspalela.

"Ini lah tapak tangan bekas ex-student kat Permata," Puan Rusmina.
"Ni tampal kat sini," Cikgu Rawiyah.

"Kenapa belon kita tak kembang ek?," Cikgu Jiha.
"Jap, nak ambil pam..lalalala..", Cikgu Sue.

"Anak kat rumah mesti ingat kat mak dia ni...mak sibuk nak menghias ni," Puan Latifah.

"R..J...K....Eh kenapa boleh lupa abc pulak ni," Puan Mazura.

Puan Norfariza sedang menghias dapur...

Puan Norhayati sedang menghias sudut Bilik Permata.

"Lihat lah hasil kerja kumpulan kami yang bersatu-padu amalan mulia..hehehe..", Puan Rosmaria.

"Eh..eh gayat pulak..takpe-takpe janji gambar ada," Cikgu Im.

Puan Fahizah berkolaborasi dengan Puan Aspalela menghias sudut pejabat.

"Awan ni nak tercabut pulak masa ni," Puan Latifah.

"Eeee..gelinya ulat bulu pun nak buat jugak," Kakak Irfan.
"Banyak pulak awan-awan ni..mana satu awan nano ye?" Cikgu Sya.

Sambutan Hari Guru 2012..

Sambutan Hari Guru pada 24 Mei 2012 yang sederhana dan serba ringkas telah disambut di Pusat Anak Permata Negara Kepala Batas. Ini kerana cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Apa-apa pun sambutan tetap meriah.

 Kumpulan Mbekkk!!

 Kumpulan Aummmm!!

 Kumpulan Ambekkk Kau!!

 Acara tarik upih..tapi ditukar jadi acara tarik guna kain...kreatif tuu!!

 Kami juara! Aummmmm!!!

 Haa...jaga..jaga...bola beracun!!

 Jom kita serang....belon beracun, tengok siapa yang kena!

"Bomba datang berlumba-lumba..eh salah siram la", Cikgu Jiha.
"Lepaskan saya..lepaskan saya!", Cikgu Sue.

Cikgu tak nak hadiah tapi cikgu nak semua anak Permata jadi anak yang soleh dan solehah. Amin...