RSS

Sambutan Hari Keluarga PAPN Kepala Batas 2011 & Majlis Perpisahan Cikgu Shima



















Pada tanggal 21 Oktober 2011, PAPN Kepala Batas telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Keluarga dan Majlis Perpisahan Cikgu Shima. Majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil oleh beberapa ahli surau Taman Seri Menerong. Cikgu Shima diberi penghargaan untuk membuat ucapan dalam majlis ini. Cikgu Shima telah bertugas di PAPN ini sejak awal penubuhan iaitu tahun 2007 hingga September 2011. Majlis diteruskan dengan jamuan makan serta sukaneka yang disertai oleh semua kanak-kanak PERMATA, abang dan kakak kanak-kanak PERMATA, ibu kanak-kanak PERMATA dan bapa kanak-kanak PERMATA.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan dan memeriahkan majlis ini.

Lawatan Ke TUDM Butterworth









Pada 14 Oktober 2011, kanak-kanak PAPN Kepala Batas bersama-sama pendidik dan beberapa orang ibu bapa telah melawat TUDM Butterworth. Seramai 7 orang ibu bapa turut serta dalam lawatan ini untuk membantu menjaga kanak-kanak PERMATA. Kami telah dibawa untuk melihat static display iaitu jet pejuang. Kanak-kanak sangat gembira dapat melihat jet pejuang tersebut. Kami turut dapat melihat beberapa jet pejuang melakukan penerbangan ke udara.
Terima kasih diucapkan kepada pihak TUDM Butterworth di atas layanan yang diberi sepanjang lawatan kami.

Pemeriksaan Kesihatan oleh Jururawat Klinik Kesihatan Tasek Gelugor



Pada 26 September 2011, dua orang jururawat dari Klinik Kesihatan Tasek Gelugor datang ke PAPN Kepala Batas untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada semua kanak-kanak di PAPN. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan fizikal kanak-kanak sentiasa terjamin. Jururawat telah mengukur tinggi dan menimbang berat semua kanak-kanak di PAPN. Terima kasih diucapkan kepada mereka.