RSS

Lawatan Unjuran Keperluan Guru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)






Tanggal 20 September 2011, pihak KPM telah berkunjung ke PAPN Kepala Batas sempena Lawatan Kerja Unjuran Keperluan Guru. Seramai kira-kira 25 orang pegawai dari pelbagai jabatan menyertai lawatan ini. Sepanjang lawatan ini pihak PAPN telah memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai perjalanan aktiviti di PAPN Kepala Batas. Turut sama hadir dalam lawatan ini ialah Dr Haji Zainal Aalam B Hassan, Timbalan Pengarah (Penyelidikan Dan Penilaian), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.

Gotong-royong Perdana






Pada 10 September 2011, satu Gotong-royong Perdana diadakan di PAPN Kepala Batas. Gotong-royong ini melibatkan semua pendidik dan ibu bapa. Semua ibu bapa telah diberi tugas masing-masing untuk dilaksanakan. Pendidik dan ibu bapa bekerjasama bagi menceriakan lagi PAPN Kepala Batas. Di akhir gotong-royong, satu jamuan makan tengah hari diadakan. Pendidik dan ibu bapa menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh salah seorang waris.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Selamat Menyambut Hari Raya

Majlis Jamuan Berbuka Puasa






Pada 20 Ogos 2011, satu Majlis Jamuan Berbuka Puasa diadakan di PAPN Kepala Batas. Majlis ini melibatkan semua ahli PIBP PAPN Kepala Batas. Setiap keluarga telah menyumbangkan lauk-pauk bagi Majlis Berbuka Puasa ini. Terima kasih diucapkan kepada semua jemputan dan ibubapa yang telah hadir dan menjayakan majlis ini. Diharap majlis sebegini dapat merapatkan ukhuwah yang sedia terjalin.