RSS

LAGU RAKYAT - UPSI





Pada 11 Julai 2011, Prof Dr Hassan dari UPSI telah datang untuk merakamkan persembahan 3 buah lagu rakyat ( Se ndei, dua ndei - Negeri Pahang, Kuku Mak Iman - Negeri Kedah dan Wa Pepek - Negeri Terengganu ) untuk kajian lagu rakyat. Kanak-kanak 4 tahun bersemangat mempersembahkannya.

Penglibatan Ibu Bapa


Puan Hayati (Ibu Adik Najwa) bersama-sama adik-adik 4 tahun melakukan aktiviti capan batang pisang.


Puan Sharifah (Nenek Adik Nasuha) mengajar iqra' kepada semua anak-anak PERMATA pada setiap hari jumaat.

Majlis Perpisahan Cikgu Permata (Transit)





Pada 12 Julai 2011, satu lagi majlis perpisahan untuk cikgu-cikgu permata (transit) - ( Cikgu Ika, Cikgu Zana, Cikgu Liza dan Cikgu Wahida ) telah diadakan. Warga PAPN Kepala Batas mengucapkan selamat bertugas ditempat baru masing-masing.
Ada jodoh jumpa lagi !

Majlis Perpisahan Cikgu Praktikal Kemas





Pada 1 Julai 2011, seramai 4 orang cikgu praktikal kemas ( Cikgu Iffa, Cikgu Haslina, Cikgu Roslinah dan Cikgu Akhma ) telah menamatkan praktikal mereka selama 2 minggu di sini. Semoga cikgu-cikgu berjaya di tempat masing-masing.

Tema : Benda Yang Hidup (Haiwan)









Tema pada bulan Julai ialah haiwan. Kanak-kanak telah membuat pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan haiwan. Kanak-kanak membuat topeng lembu, melihat burung puyuh dalam sangkar dan menyiang ikan kembung. Kanak-kanak sangat gembira dengan aktiviti-aktiviti ini.