RSS

Mari Membaca... Iqra'..

" Mari adik-adik....ikut yer apa ustazah baca ni...."

"Ha" Adik Zafri sedang mengikut bacaan ustazah

"Mim"

Adik Balqis pula mengikut bacaan Ustazah


"Najwa..baca doa dulu...sebelum iqra'" adik Nasuha mengajak rakannya membaca doa sebelum memulakan iqra'


Adik Amirul sedang mengaji bersama adik Amylia..


Selesai mengaji....kita bersalam-salaman bersama Ustazah yer adik-adik..


IQRA'


Pada setiap hari Jumaat, PAPN Kepala Batas akan mengadakan kelas Iqra' bersama Ustazah Sharifah iaitu waris kepada Adik Nasuha.

Kelas Iqra' ini akan dijalankan pada jam 9.00 pagi selepas kanak-kanak selesai sarapan pagi dan memberus gigi.....

Kelas Iqra' ini merupakan salah satu aktviti pembelajaran yang diadakan di PAPN Kepala Batas dan merupakan salah satu aktiviti penglibatan Ibu Bapa.

Kelas Iqra' ini terbahagi kepada 2 kumpulan.

Kumpulan yang pertama iaitu Kumpulan 2-3 tahun akan belajar mengenal huruf jawi (Alif...Ba....Ta.... sehingga lah ke huruf Ya)

Kumpulan yang kedua pula terdiri dari kumpulan umur 4 tahun akan mula belajar membaca buku Iqra'


Alhamdulillah....dengan adanya kelas Iqra' ini, kanak-kanak di PAPN boleh membaca dan mengenal huruf jawi dengan baik.

Malah, ibu bapa turut memberi respon yang baik pada kelas ini...


Terima kasih ibu....

Terima kasih abah.....

Nanti kat rumah, kita mengaji lagi yer.....