RSS

LAWATAN KE MEGA WORLD KIDDIES
















Lawatan kanak-kanak PAPN Kepala Batas ke Mega World Kiddies


Anak-anak PERMATA Kepala Batas telah dibawa ke Mega World Kiddies, Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya, Pulau Pinang
Anak-anak begitu ceria dan gembira selain seronok ketika berada di sini. Sehingga terdapat kanak-kanak yang tidak mahu pulang....
Lawatan ini mengambil masa selama 2 jam,dengan bermula pukul 10 pagi dan pulang ke PAPN pada pukul 12 tengahari.
Perkembangan fizikal dan koordinasi motor begitu ditekankan di taman Mega World Kiddies ini, memandangkan segala bentuk permainan yang disediakan begitu bersesuaian dengan anak-anak PERMATA yang menekankan konsep 'belajar melalui bermain'
Insyallah, jika diizinkan Tuhan, lawatan seperti ini akan dilaksanakan sekali bagi meningkatkan lagi kestabilan emosi,fizikal,rohani dan keintelektualan kanak-kanak
' Anak -anak PERMATA Negara '

Hari Sukan PAPN Kepala Batas bersama Tambun Tulang

Pemenang kedua pakaian berhias paling kreatif...adik Hamdi Hafizi

Bersama Guru Besar SK Tok Bedu, Pn Zalila bte Idris, selaku sekolah angkat PAPN Kepala Batas



Ayuh pancing ayah...ayuh....

Ayuh lari adik...ayuh...cepat....




Pasukan penyokong PAPN Tambun Tulang bersorak sakan...ambOiiii...suka naa

Penyampaiah Hadiah oleh Pengerusi PIBP Kepala Batas kepada Anak PERMATA Perlis



Naib Pengerusi PIBP Perlis menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pendidik PAPN Kepala Batas


Ketua Pendidik PAPN Kepala Batas menyampaikan cenderahati ikhlas kepada Naib Pengerusi PAPN Tambun Tulang Perlis



Pemenang kedua dimenangi kumpulan PAPN Tambun Tulang Perlis



Ketua Pendidik PAPN Perlis, Cik Hani


Para ibu PAPN Kepala Batas dan Tambun Tulang berebut kerusi (kerusi muzikal)



Para ibu bapa PAPN Kepala Batas dan Tambun Tulang menyertai acara baling belon


Pasukan rumah kuning (kanak-kanak 3 tahun)



Pasukan Anak PAPN Tambun Tulang sedang bersiap sedia


Acara Sukaneka bersama...


Bersedia adik-adik...ke garisan ...


Alhamdulillah...akhirnya Hari Sukan PAPN Kepala Batas bersama PAPN Tambun Tulang Perlis dapat dilaksanakan dengan jayanya
Hari Sukan bersama ini telah berlangsung pada 4 April 2010 yang lalu di padang Tmn Seri Menerong, Tasek Gelugor, Kepala Batas yang terletak berhadapan dengan PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang.
Rombongan PAPN Tambun Tulang telah tiba di Tasek Gelugor pada pukul 9.00pagi dengan sebuah bas persiaran. Kehadiran mereka disambut baik oleh warga PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang
Majlis Hari Sukan PAPN ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Tok Bedu iaitu Puan Zalila bte Idris selaku guru besar sekolah angkat atau caretaker PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang.
Majlis ini yang bermula pada pukul 8.00pagi telah tamat pada pukul 11.30 pagi. Semua keluarga PAPN Kepala Batas dan Tambun Tulang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyertai acara sukan yang telah dianjurkan secara bersama oleh para pendidik PAPN Kepala Batas Pulau Pinang dan PAPN Tambun Tulang. Malahan, acara Sukan ini turut dibantu oleh 2 orang guru KPLI yang dalam latihan praktikal di PAPN Kepala Batas iaitu Cik Nadiahtulshima dan Cik Zuraidah.
Kami warga PAPN Kepala Batas berasa amat gembira kerana julung kalinya PAPN kami dapat menjalankan aktiviti bersama PAPN Tambun Tulang secara bersama dan mendapat sambutan yang baik dari pihak PAPN Perlis.
Insyallah, jika diizinkan Allah S.W.T, kami warga PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang akan ke Perlis pula untuk membalas rombongan pihak PAPN Tambung Tulang Perlis.
Bersiap sedia PERLIS...kami pasti datang menyerang.... hehehehe....
Sekian.....

Sambutan Maulidurasul PAPN Kepala Batas







....Sambutan Maulidurasul PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang


Tarikh : 28 Mac 2010

Hari : Ahad

Masa : 9.00 pagi


Alhamdulillah....berkat izin Allah S.w.t. majlis ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Selain itu, mendapat sambutan yang baik dari kaum ibu bapa untuk melibatkan diri dalam majlis ini.


Ustaz Haniff Amir bin Hasim merupakan penceramah yang telah dijemput untuk memberikan ceramah agama kepada warga PAPN Kepala Batas dengan tajuk ceramahnya ialah Cara didikan anak-anak di zaman Nabi Muhammad S.A.W.


Ustaz Hanif telah menceritakan bagaimana Nabi Rasulullah S.A.W mendidik anak dan isterinya di rumah sehingga menjadi seorang isteri yang solehah dan anak yang soleh dan solehah.

Ibu bapa telah memberikan tumpuan yang penuh semasa sesi ceramah ini dibermula.

Kemudian, sesi soal jawab di antara para ibu bapa serta pendidik bersama penceramah turut diadakan. Ibu bapa menunjukkan reaksi yang positif dengan sesi soal jawab itu.


Syukur ke hadrat ilahi, sambutan ini mendapat respon yang positif dari pihak ibu bapa PAPN Kepala Batas dan dijalankan dengan jayanya,


Mudah-mudahan,di masa akan datang, majlis seumpama ini, dapat dilaksanakan lagi....


Amin...



yang indah itu PERMATA....