RSS

Mesyuarat PIBP kali ke-2 tahun 2010


MESYUARAT PIBP PAPN KEPALA BATAS KALI KEDUA 2010

Mesyuarat PIBP kali kedua bagi tahun ini telah diadakan pada 28 Februari 2010.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PIBP PAPN Kepala Batas 2010 dan bermula pada pukul 9.00 pagi.
Mesyuarat yang diadakan membincangkan mengenai majlis Sambutan Maulidurasul dan Hari Sukan PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang.
Pengerusi dan AJK PIBP telah bersetuju untuk membahagikan bahagian tugas masing-masing dengan sempurna dan semua ahli AJK PIBP bersetuju dengan tugas-tugas yang diberikan.
Setelah selesai membincangkan perkara-perkara yang berbangkit, dua tarikh dan tempat yang sesuai telah dipilih dan dipersetujui oleh ahli-ahli AJK untuk majlis yang bakal diadakan.Tarikh tersebut adalah :
Sambutan Maulidurasul : 28 Mac 2010
Tempat : Pusat Anak PERMATA Negara Kepala Batas, Pulau Pinang
Hari Sukan : 04 April 2010
Tempat : Padang Tmn Seri Menerong, Kubang Menerong, Tasek Gelugor
Selesai sahaja mesyuarat PIBP ini, satu majlis selawat ke atas Nabi Rasulullah SAW diadakan bagi menutup majlis mesyuarat PIBP ini.
Selesai majlis, jamuan makan tengahari dihidangkan dengan makanan kampung dan di taja oleh beberapa ahli surau Tmn Seri Menerong yang bersepakat untuk mengadakan kenduri dengan niat bersedekah.
Alhamdulillah
Amin...


Mesyuarat Agung PIBP 2010













MESYUARAT AGUNG PIBP PAPN KEPALA BATAS PULAU PINANG 2010
Tarikh ; 18 Januari 2010
Tempat ; Pusat Anak PERMATA Negara Kepala Batas, Pulau Pinang
Masa : 9.30pagi
Pada tarikh ini, mesyuarat agung PIBP PAPN Kepala Batas telah diadakan buat kali ke- 3 semenjak pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara ini pada tahun 2007.
Ibu bapa Anak-anak Permata ini telah memberi kerjasama dengan baik dengan menghadiri mesyuarat ini. Pegawai Pemantau PAPN Kepala Batas, iaitu Encik Ahmad Faiq bin Ramli turut hadir pada majlis ini selain dapat bertemu ramah bersama ibu bapa kepada anak-anak PERMATA Kepala Batas.
Pada mesyuarat agung kali ini juga, pihak kami telah mengadakan majlis suai kenal di antara ibu bapa yang baru mendaftarkan anak mereka di PAPN bersama ibu bapa anak-anak PERMATA yang sedia ada. Seramai 6 keluarga baru telah menyertai Pusat Anak PERMATA Negara Kepala Batas ini.
Selain itu, bagi mengeratkan lagi silaturahim di kalangan ibu bapa dan pendidik, kami telah mengadakan satu aktiviti penglibatan ibu bapa di mana, dibahagikan 3 orang ahli setiap kumpulan, dengan membuat barang permainan dari bahan-bahan terpakai yang telah disediakan oleh para pendidik.
Hasilnya, ibu bapa telah berjaya membuat lori, radio, piano, gitar,gambus, kompang dan bermacam-macam lagi.
Setelah selesai aktiviti ini, majlis diteruskan jamuan makan tengahari dan sesudah itu, majlis bersurai. Begitu pun, sebelum keluarga pulang, pihak kami telah memberi cenderahati kepada pihak keluarga yang telah hadir bagi memberikan galakan kepada mereka untuk lebih berminat melibatkan diri di dalam aktiviti-aktviti yang dijalankan oleh Pusat Anak PERMATA Negara Kepala Batas, Pulau Pinang.
'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'
Sekian......