RSS

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009











Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang
Majlis ini telah diadakan pada 3 Oktober 2009 di Pusat Anak PERMATA Negara Kepala Batas, Pulau Pinang...
Syukur alhamdulillah...pada majlis ini, penglibatan ibu bapa sangat menggalakkan dan memberi kerjasama yang sangat baik...
Hidangan yang disediakan telah dibuat bersama-sama oleh ibu bapa dan pendidik yang diberikan setiap kumpulan dalam penyediaan hidangan makanan seperti ketupat, rendah,lontong dan sambal kacang.
Malah, bagi pihak wakil pendidik sendiri, telah bersepakat menyediakan 'laksa Johor' yang buat kali pertamanya dihidangkan di Kepala Batas ini.
Sempena majlis ini juga, pihak PAPN turut mengadakan Pertandingan Pakaian sedondon dan Tercantik yang telah dimenangi oleh keluarga Pengerusi PIBP iaitu keluarga adik Raja Lukman bin Raja Kamaruddin.
Selesai majlis,kira-kira pada pukul 2 petang, para ibu bapa saling bergotong-royong mengemas selepas usai majlis...
dan majlis ini berjalan dengan lancarnya.....

Pendidik PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang

Di mana....kan ku cari ganti.....

Pendidik PAPN Kepala Batas dan bekas Pendidik PAPN Kepala Batas.......

berdiri dari kiri > Cik Norhazirah bte Zainol (kini di PAPN Kuala Ketil), Pn Nor Hasimah bte Hj Ismail, Cik Nurul Mardhiana bte Hj Abd. Manap dan Cik Nurul Izzah Syakirah
duduk dari kiri > Pn Surianti bte Sukardi (kini di PAPN Kuala Ketil),Pn Rawiyah bte Omar, Cik Nurul Asniza bte Zakaria

Hari Penyampaian Sijil PAPN Kepala Batas 2009




Majlis Penyampaian Sijil PAPN Kepala Batas 2009


Majlis Penyampaian Sijil PAPN Kelapa Batas telah diadakan pada 14 November 2009 di Dewan Auditorium Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang.



Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelia Kanan Pra Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri, Pulau Pinang iaitu Tuan Hj Ramli bih Hj Awang. Turut hadir majlis ini, Pegawai Pemantau PAPN Kepala Batas dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Perdana Menteri, iaitu Encik Ahmad Faiq bin Ramli serta Guru Besar Sek Ren Keb Tok Bedu, Puan Zalila, merangkap sekolah 'care taker' PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang.


Seramai 5 orang kanak-kanak telah menamatkan persekolahan mereka di Pusat Anak PERMATA Negara Kepala Batas ini dan seterusnya melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah-sekolah atau tadika yang berdekatan.


Majlis ini telah dihadiri setiap ahli keluarga kanak-kanak Pusat Anak PERMATA Kepala Batas, Pulau Pinang yang sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pendidik bersama ahli-ahli keluarga kanak-kanak PAPN Kepala Batas. Selain itu juga, pihak ibu bapa dapat mengenali Pegawai Pemantau PAPN Kepala Batas dengan lebih dekat lagi.


Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kanak-kanak PAPN Kepala Batas yang berumur 3 tahun yang bertajuk 'Moo Cow Moo Cow' . Alhamdulillah persembahan yang dijalankan oleh kanak-kanak ini berjaya menarik perhatian pen0nton dan mendapat tepukan yang gemuruh.

Sejarah PAPN Kepala Batas



Pusat Anak Permata Negara Kepala Batas.....

Pusat Anak PERMATA Negara Kepala Batas telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 5 iaitu Dato' Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 20 Mei 2007.

Pada awal pembukaan ini, seramai 22 orang kanak-kanak telah menyertai projek perintis bagi sesi 2007, iaitu berumur di antara 9 bulan hingga 4 tahun.Penyertaan kanak-kanak ini adalah dari kawasan persekitaran PAPN ini...


Terdapat 3 orang pendidik dan seorang pembantu pusat telah dilantik dan ditempatkan di PAPN Kepala Batas ini.Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak di sini adalah berteraskan kurikulum PERMATA yang terdiri daripada 6 komponen iaitu ;
  1. PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN
  2. PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL
  3. PERKEMBANGAN PRA MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
  4. PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
  5. PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOORDINASI MOTOR
  6. PERKEMBANGAN ESTETIKA DAN DAYA KREATIVITI

Pendidikan ini adalah belajar melalui bermain di mana kanak-kanak bebas untuk memilih dan membuat pilihan serta juga membuat keputusan untuk bermain permainan yang telah dirancang secara berstruktur oleh pendidik masin-masing mengikut modul dan peringkat umur kanak-kanak.

Sehingga kini, permintaan penyertaan kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Kepala Batas tinggi dan diharapkan PAPN Kepala Batas ini akan sentiasa berdiri teguh .....

Amin